Sunday, April 1, 2012

Pantang Larang Orang Tua-tua


Pantang dan larang yang selalu disebut oleh orang tua-tua terutama bagian belah pantai timur. Orang lame2 still percaya benda ni walaupon banyak yang mengarut dan kadang2 sampai boleh terjejas akidah.
Antara pantang larang yang dapat aku dengar ialah:

1- Jangan duduk atas bantal, nanti naik bisul
* Dia punya logik adalah, dulu orang tua2 pakai bantal kekabu. Kalo diduduk bantal tu rosak la dia. Budak    dulu2 paling takut duk atas bantal takot naik bisul,saket woo..kahkah*

2- Jangan sapu sampah malam2, nanti rezki tak masuk or hilang rezki
*Yang ni kalo percaya bole jejas akidah kot. Dia punya logik adalah, kalo sapu sampah malam kan tak bersih. Dulu2 lampu rumah malap jer, mane la nampak sampah yang disapu dan mesti ade yang tertinggal..*

3- Jangan potong kuku malam2, nanti tolak rezki
*Ha,,ni satu lagi yang tak bole nak percaya sangat, jejas akidah ko. Logik dia nape tak bole potong kuku malam adalah, zaman dulu mane ade lampu terang macam sekarang, orang tua2 takut anak dorang terpotong isi ker nanti sakit..*

3- Petua Gorri (Gorri adalah orang 1st yang membeli di kedai kita waktu 1st time kita buka kedai) 
*Orang tua2 cakap, kalo kedekut orang yang gorri susah la kedai kita nak maju or nak dapat duit. Logik dia, orang yang 1st datang kedai bila kita buka kedai melambangkan pelanggan yang mudah mencapai kedai kita, kalo golongan yang paling dekat dan selalu datang kedai adalah orang kedekut memang lah payah mau untung. Tapi after all rezki tuh datang dari Allah, kita kena ingat* (masih ade yang percaya benda ni)

4- Jangan bukak kedai/memulakan perniagaan pada hari rabu
*Orang tua2 cakap kalo nak bukak kedai jangan hari rabu, nanti perniagaan payah nak hidup. Yang ni tak dapat nak cari logik dia kenapa. Tapi masih ramai yang percaya hal yang membabitkan akidah ni. Rezki, jatuh bangun pernigaan tuh atas ketentuan Allah, bermohon la pada Dia.*

5- Garam, Paku dan Batu tak bole jual-beli belah malam
*Hmm..yang ni satu lagi tak tau kenapa munculnya pantang larang ni. Kalo garam tuh mungkin la kene prepare siang2 sebab kalo malam nak masak susah sebab hari dah gelap baru mau cari garam dan tak semua rumah dekat ngan kedai. Yang paku and batu tuh tak tau la cane munculnya. Ade orang kedai still percaya benda ni, sampai kalo pegi beli garam malam2 dorang suruh ambil dulu, bayar esok2 jer sebab tak nak berlaku jual beli time malam.*

Tulah antara benda yang wujud dalam masyarakat kita yang mungkin tak sumua golongan sekrang tahu. Benda yang wujud zaman nenek moyang yang mungkin sudah tidak sesuai dengan hari ini. 


Wednesday, March 28, 2012

Tanah Melayu Vs Tanah Jawa

Dari sebuah Tanah Melayu


Gua umpama seorang pendekar


Akan kembali ke Tanah Jawa




Its time to continue my usual life again..
sigh..


Friday, March 2, 2012

Bila Merasa Tidak Cukup



‎"Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."




PilihanRaya Malaysia Makin Hampir

wah..lama sungguh x nengok blog ni.. dah macam abandoned. Nak buat macam mane, sebelum ni sebok..biler dah free internet tade la pulak.. naseb tengah menganggur, dapat la up entri..


Berbalik kepada topic, YES pilihan raya umum malaysia sudah makin hampir. Hal ini dapat di lihat dari beberapa common sign yang selama aku hidup ni berlaku setiap kali akan berlaku pilihan raya umum

1st :- Sebelum pilihan raya parti pembangkang akan di hentam kau-kau tahap dewa yang akan menjatuhkan saham. Dalam isu ini kita dapat lihat apabila isu hangat Anwar ibrahim dan kata-kata supports yahudi yang cukup dihighligh oleh media. Kau-kau anuar ibrahim kene, dah sokongan kepada kerajaan sendiri dapat dilihat meningkat apabila teguran tok guru nik aziz keatas anuar juga turut dihighlight

2nd :- Kunjungan perdana menteri ke sabah. Support dari borneo sangat besar dalam survival BN. Borneo bole dikatakan antara talian hayat UMNo apabila situasi sekarang yang menunjukkan UMNo xlagi kuat dijohor. Bagi aku Johor bukan lagi sesuai untuk TAPAK UMNo kerana UMNo dilihat lebih mendapat sokongan dan sesuai di kawasan orang asli seperti pahang dan sabah (paham2 jela).

3rd :- PM melawat KELANTAN. Yes PM akan melawat kelantan.. Setiap kali sebelum seorang PM malaya ni nak dapat ilham untuk pilih tarikh pilihan raya, macam belum cukup rukun kalau belum melawat kelantan. Kelantan sangat istimewa kerana di kelantan dapat dinilai survival parti pembangkang. Apabila UMNo lemah dikelantan, parlimen pon akan ada ancaman.. tambah-tambah lagi selangor, penang dan kedah pon susa mau dapat balik. So, melawat kelantan ni kind of pelengkap promotion PM atau juga kempem xrasmi PM yang berjalan atas urusan rasmi (duit rakyat woi) sebelum dia menetapkan tarikh tuk semua berkempem. FAIR sangat kann??kahkah..NEGARAKU

4th :- Banyak lagi tanda-tanda lain yang dapat dilihat kalo diperhatikan. Ada sumber yang bercerita yang ada dewan awam yang telah dipersiap untuk pilihan raya. Wow..makin hampir.. Dan orang-orang politik pon kuat berpolitik walau pon sekadar pengerusi persatuan bola.

Apa yang disebut diatas bende yang berlaku tiap kali nak pilihan raya. Dari zaman mahathir lagi (sebab sebelum tu aku belum ade lagi atas dunia ni) bende ni dapat diperhatikan. So, tunggu dan lihat jela..xlame dah parlimen nak bubar. Tunaikanlah tangungjawab dengan betol..jangan jadi pengundi BANGANG yang menyokonh hanya kerana sekilo gula atau kerana sekampit beras atau sebuah jambatan atau sebuah stadium bola. Jadilah bijaksana wahai rakyat malaysia. UNDILAH





Saturday, February 11, 2012

. . . .

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
...
.....
...
..
.



There's Still Long Way to Go



Kita manusia. Manusia merancang. Namun ALLAH Maha Sempurna perancanganNYA. 
(Allah sebaik-baik perancang segala rencana).





Cinta bukan milik Kita

There's Nothing Under our control


Tuesday, February 7, 2012

Tahukah Anda Politik

Tahukah anda, Tun Chedet pernah hampir kalah dalam pemilihan agung umno..KuLi hampir menang selepas menchallenge Tun, dan Tun hanya menang selepas kiraan semula selepas blackout. KuLi yang terasa tertipu kecewa telah keluar Umno dan menubuhkan parti semangat 46 dan parti Umno telah diharamkan. Umno yang wujud hari ini bukanlah Umno yang ditubuhkan oleh Dato' Onn tapi Umno yang ditubuhkan oleh Tun dengan perlembangaan yang berbeza dan Jawatan president tidak pernah dipertandingkan lagi.

Tahukah anda, rusuhan kaum 13 mei 1969 yang menjadi kepala adalah parti Gerakan. Tapi apa yang diceritakan ialah parti DAP yang memulakan rusuhan, ini kerana Gerakan telah menyertai BN dan biberikan Pulau Pinang (bekas jelah..sekarang dah kalah) dan DAP pembangkang kerajaan. Jumlah kematian sebenar tak pernah direlease dan menjadi rahsia kerajaan. Ade teori mengatakan Rusuhan diwujudkan untuk menjatuhkan Tengku Abdulrahman.

Tahukah anda, Anwar ibrahim pernah turun kejalan membantah penubuhan Petronas untuk menguruskan hasil minyak negara. Anwar suatu ketika dulu sangat berpengaruh dikalangan mahasiswa. Tapi, cuba kita tengok sekarang..berapa banyak keuntungan dan cukai yang dibayar Petronas ke kerajaan.

Tahukah anda, Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah mendapat bantuan dadri kerajaan pusat semenjak memerintah kelantan dari 20 tahun yang lalu. Sebarang kewangan dari pusat hanya masuk melalui Jabatan pembangunan persekutuan (yang diuruskan oleh orang UMNO dan bantuan selalunya hanya utk orang umno). Kerajaan kelantan dapat survive walau tanpa sebarang bantuan dari pusat. BUKAN RAKYAT MALAYSIA KER ORANG KELANTAN NI SEHINGGA KERAJAAN XNAK KASI BANTUAN???

Tahukah anda, pengumuman tarikh pilihan raya di Malaysia menjadi hak mutlak seorang perdana menteri. Hanya perdana menteri sahaja tahu bila pilihan raya dilakukan. Pengumuman biasanya dilakukan secara mengejut. Situasi ini berbeza dengan negara lain yang ada pilihan raya jugak, ada di negara lain tarikh pilihan raya biasanya diumumkan setahun lebih awal agar semua pihak dapat melakukan persiapan dengan adil.

Tahukah anda, politik adalah bangsat...perlu satu entri kalo nak hurai









Google search: Politik