Showing posts with label Random. Show all posts
Showing posts with label Random. Show all posts

Friday, January 11, 2013

Nasib Badan

Dah jadi nasib badan..,anak orang susah dari kampung yang hidup di perantauan. Hidup sehari bergantung dari duit rakyat ihsan dari negara. Hujung bulan nih hanya mampu pasrah dengan sisa-sisa rezekibyang tinggal. Hidup di negara orang tak seperti tempat sendiri, semua berbeza. Dengan biaya hidup yang tinggi dek kerana inflasi harga dari sebuah revolusi.

Hari ni lapar waktu snack time hanya terdaya menjamah instant cup mee. Badan yang tidak tahan dengan preservative menyebabkan sakit kepala. Tangan yang ada riwayat atopy menunjukkan tanda-tanda kegatalan akibat dermatitis yang mungkin disebabkan oleh food allergy. Mungkin ada yang berkata dah tahu allergy pon makan lagi. Tapi dengan keadaan disini yang mana harga sebungkus roti yang macam selipar rasa dia lebih mahal dari sepinggan nasi apa lagi pilihan yang ada. Tiap kali lapar tidak mungkin untuk makan nasi dengan budget yang ada.

Tapi masih mampu berterima kasih kepada rakyat malaysia yang membawa aku ke sini. Semoga tiap dugaan menjadikan kita lebih kuat untuk menguasai masa depan. Every legend are born as a normal kids that grown up to be great

Friday, November 9, 2012

Update?

Wow..long time didnt update the blog..lots of things hapen but never have chance to blog it. Been busy with clinical year and life as koas. Maybe should blog something that i learn during the day so can do as my review also in the future.
Semoga terus hidup blog ni

Thursday, July 19, 2012

Sensasi Kambing Jalanan

Sop Kambeng Bang Doel RingRoad Utara (gambar tak lawa sebab phone murah)

Dah lame duk usha2 kedai yang satu ni setiap kali stop dekat traffic light jakal. Kedai ni ada di ringroad utara  dibahagian barat traffic light jakal. Setelah sekian lame duk mengusha, tadi ade masa pegi la makan kat situ. Dia punya stail pilih sendiri apa yang nak dimakan kemudian beri balik mangkuk untuk dijadikan sup. Ade pilihan rib, perut, organ2 dalam, dan termasuk testis kambing dihidangkan.

Alkisah tadi ambik la rib dan perut campur semangkuk dengan nasi dan es jeruk. Sedap jugak rasa dia dan bole tahan la portion dia, tak menyesal cuba. Sesuai untuk yang suka makan daging, especially daging kambing. Harga pon tak mahal mana nak compare dengan kedai2 lain yang hidang kambing. Tadi makan baru habis rp 17000 untuk semua-semua. Ape yang special dengan kedai ni adalah, sambil-sambil duduk makan tuh akan kedengaran bunyi kambing-kambing yang rasa macam kambing yang disimpan dalam kedai tu sebelum di sembelih untuk jadi santapan.Tapi balik makan tadi tade melekat bau kambing la..jangan risau, hahaa





Sementara itu.....

Di umumkan sabtu puasa....
Gua pergi la masjid petang tadi..alkisah di Indonesia ni ade banyak pendapat. Tuptaptuptap pas isyak tadi jemaah masjid karang gayam buat la terawih..gua mane tau pengumuman ape2..so ikot la skali terawih tadi pas isyak. Skali balik rumah tengok pengumuman di fesbuk puasa sabtu. Gua da niat segala, siap terawih skali dah tadi.. Almaklum kurang tau.. mesej la senior tanye macam mane, dia cakap kitorang ikot pengumuman pemerintah jer..so dia cakap tape..aku puasa sabtu jer..

p/s: 
perbezaan pendapat bukan suatu untuk diperdebatkan
perbezaan adalah suatu hikmah dalam islam

Tuesday, July 17, 2012

Live Stream RTM Tv1 Malaysia

    

Monday, July 16, 2012





Life

Kalau hendak dikeluhkan tidak akan ada penghujungnya
Hidup adalah sesuatu yang harus dijalani bukan dikesalkan


Mengharap senang dalam berjuang.,
Bagai merindukan bulan di tengah siang..






Wednesday, July 4, 2012

Sahabat

Sahabat- by Najwa latif ft Syam kamarul and Sleeq

Tiba-tiba gua jumpa lagu ni masa tengah online.. best pulak dengar
Remind me of someone..

Sunday, July 1, 2012

Sunday Morning

Its been a week.. me at hospital..wew, 
Sunday morning perfect time for some people to enjoy free from any duty and sleep till noon, but me have on-call at 8am..
What can i do..hope there will have some interesting case for me to learn this morning

Gua Sebagai Orang Suruhan




P/S: Photos of The Week

SuperMario mencari pencuri TELUR

Amri yang berjaya meragut teruna dan TELUR Gaddar

Monday, June 25, 2012

Lama Sudah

wew.. quite awhile didnt post something.,
being busy of doing nothing during holidays..long~~long holidays which officially ended today..

and it wont be any new post after this at least for this week, being busy wif other new life

P/s: what on my mind today; do i really wanna be a doctor??
       being thinking of being a teacher  better than medicine

Friday, May 18, 2012

Astro Arena LiveStream (Internet TV Stream)


Live video by Ustream
P/S:Credit to RajaKayu channel and Ustream
     -Available when OnAir by provider

Thursday, May 17, 2012

Cara Mudah Untuk Parking Kereta

Antara yang banyak orang risau bila bawak kereta ni adalah macam mane nak parking. Lagi2 bagi yang baru belaja bawak kereta..hmm

FORD introduced new way to park a car and sangat sesuai bagi lady driver. FORD give new feature in their recent product to show how future people park their car.

Bagi mereka yang stress dengan parking parallel, lagi2 biler pegi pasar malam bole la try feature baru dari for ni. "FORD AUTO PARKING SYSTEM" helps the driver to do the parallel parking. As easy as pressing a single button and your car will be parked nicely without using your hand on steering.

FORD Auto Parking



Tak percaya lagi? ni video kalo nak tengok cane auto parking ni working..


Self Parking by FORD


Sunday, April 29, 2012

Law Abiding Citizen?

Law Abiding? Hmm..


Bersih 3.0 ni kotor..!! Siapa yang join memang shaitan.!!

Yang bersih sebenarnya adalah UMNO.. Sebab tu dia letak ahli berdaftar dia jadi Pengerusi SPR...

SARCASASTICALLY said after what happened today in KL..

Yang takut sangat nak bagi Dataran Merdeka apahal?

Tolong lah Ruling Party.. request are simple..



When peoples on the streets asking for something you shud aware of it.. not slamming them


p/s: Me.. supporting the request of BERSIH 

Friday, April 20, 2012

New Kawasaki Ninja 150rr

One of the bike that i admire., new Ninja 150rr was released with new face and body. Looks more powerful and nicer than previous model. Some said it as Ninja 150rr 2013 but already released in Indonesia and also available already in Jogja for view and booking. Some info said OTR price is about 35mil rupiah or about RM12,000.

New Ninja 150RR 
(New looks that more like Ninja 250 with new front and tail light style)


Since RXZ is now stop production, only this bike the only 2strokes bike left on the road. Shud get one if i have chance.

THE SPECIFICATIONS:-
Engine Type: 2-stroke, crankcase reedvalve, SuperKIPS, HSAS
Compression Ratio: 6.8: 1
Maximum power: 22.1 kW (30.1 PS) / 10 500 RPM
Maximum torque: 21.6 Nm / 9000 RPM
Starter system: Kick
Transmission: 6 speed, constant mesh, return shift
Reduction Ratio: 3.000 (42/14)
Drive the overall ratio: 8479 @ top gear
Oil Lubrication System: Oil Injection
Side Oil Capacity: 1 liter
Capacity Transmission Oil / Engine: 0.87 liter
Exhaust / Muffler: Catalic Converter
Coolant Capacity: 1.3 liter
Distance axis Wheel: 1.305mm
Distance low to the ground: 145mm
Maximum weight: 124.5 kg
Frame Type: Full Frame
Front Suspension : Telescopic Fork Suspension
Rear Suspension: Monoshock Suspension
Length x Width x Height: 1975mm x 719mm x 1090mm
Front Brakes : Disc Brakes Twin Pot
Rear Brakes: Disc Brakes Twin Pot
Tires Front: 90/90-17 49S Tube-type
Rear tire: 110/80-17 57S Tube-type
Battery: 12 V 4 Ah

P/S: New Kawasaki Ninja 250 was launched..click to view 

New Kawasaki Ninja 250 launched in Indonesia

Thursday, April 12, 2012

A Dream



What u see in your dreams could happens in reality..

Or..You can see something in your dream which it could turn into reality..

It does happens..

But, there is nothing you can do as you wont know the future..

Sunday, April 1, 2012

Pantang Larang Orang Tua-tua


Pantang dan larang yang selalu disebut oleh orang tua-tua terutama bagian belah pantai timur. Orang lame2 still percaya benda ni walaupon banyak yang mengarut dan kadang2 sampai boleh terjejas akidah.
Antara pantang larang yang dapat aku dengar ialah:

1- Jangan duduk atas bantal, nanti naik bisul
* Dia punya logik adalah, dulu orang tua2 pakai bantal kekabu. Kalo diduduk bantal tu rosak la dia. Budak    dulu2 paling takut duk atas bantal takot naik bisul,saket woo..kahkah*

2- Jangan sapu sampah malam2, nanti rezki tak masuk or hilang rezki
*Yang ni kalo percaya bole jejas akidah kot. Dia punya logik adalah, kalo sapu sampah malam kan tak bersih. Dulu2 lampu rumah malap jer, mane la nampak sampah yang disapu dan mesti ade yang tertinggal..*

3- Jangan potong kuku malam2, nanti tolak rezki
*Ha,,ni satu lagi yang tak bole nak percaya sangat, jejas akidah ko. Logik dia nape tak bole potong kuku malam adalah, zaman dulu mane ade lampu terang macam sekarang, orang tua2 takut anak dorang terpotong isi ker nanti sakit..*

3- Petua Gorri (Gorri adalah orang 1st yang membeli di kedai kita waktu 1st time kita buka kedai) 
*Orang tua2 cakap, kalo kedekut orang yang gorri susah la kedai kita nak maju or nak dapat duit. Logik dia, orang yang 1st datang kedai bila kita buka kedai melambangkan pelanggan yang mudah mencapai kedai kita, kalo golongan yang paling dekat dan selalu datang kedai adalah orang kedekut memang lah payah mau untung. Tapi after all rezki tuh datang dari Allah, kita kena ingat* (masih ade yang percaya benda ni)

4- Jangan bukak kedai/memulakan perniagaan pada hari rabu
*Orang tua2 cakap kalo nak bukak kedai jangan hari rabu, nanti perniagaan payah nak hidup. Yang ni tak dapat nak cari logik dia kenapa. Tapi masih ramai yang percaya hal yang membabitkan akidah ni. Rezki, jatuh bangun pernigaan tuh atas ketentuan Allah, bermohon la pada Dia.*

5- Garam, Paku dan Batu tak bole jual-beli belah malam
*Hmm..yang ni satu lagi tak tau kenapa munculnya pantang larang ni. Kalo garam tuh mungkin la kene prepare siang2 sebab kalo malam nak masak susah sebab hari dah gelap baru mau cari garam dan tak semua rumah dekat ngan kedai. Yang paku and batu tuh tak tau la cane munculnya. Ade orang kedai still percaya benda ni, sampai kalo pegi beli garam malam2 dorang suruh ambil dulu, bayar esok2 jer sebab tak nak berlaku jual beli time malam.*

Tulah antara benda yang wujud dalam masyarakat kita yang mungkin tak sumua golongan sekrang tahu. Benda yang wujud zaman nenek moyang yang mungkin sudah tidak sesuai dengan hari ini. 


Sunday, January 1, 2012

Jersi Baru Kelantan The Red Warriors 2012

Jersey baru team Kelantan The Red Warriors bagi musim 2012 telah pon dilancarkan pada 31 december 2011. Event yang ditunggu-tunggu sebelum masuk tahun baru 2012 yang tidak lama lagi juga akan bermula musim baru bola sepak malaysia.

Ni jersey baru kelantan Home and Away by UMBRO
Depan


Belakang

Merah- Home
Putih- Away


Boleh dikatakan agak cantik jugak la jersey ni. Menarik kan..dengan logo-logo penaja bak papan iklan..
eh..kejap..ade something yang pelik dengan jersey ni..


Cer tengok jersey yang satu ni
Jersey ATM musim 2012 Home & Away

Sebijik sama macam jersey team Kelantan. Punah harapan nak tengok jersey yang grand dari team kelantan fa. Apa yang agak mengejutkan lagi, jersey team ATM telah dilancarkan lebih awal dari jersey Kelantan dan menggunakan penaja yang sama iaitu UMBRO. 


corak jersey sebijik..kaler jer lain
jersey ATM lagi





dan
jersey ATM lagi yang sebijik macam jersey Kelantan.



Antara carita yang dibaca, design ni telah bocor dari team kelantan melalui seseorang orang dalam, dan telah diambil team lain kemudian telah dilancarkan lebih awal dari team kelantan. Terkilan..ramai yang terkilan..










Wednesday, December 28, 2011

Lorong-Lorong Gelap Kota Yogyakarta



SARKEM, nama tempat ini pastinya sering didengar oleh warga Yogyakarta. Dari penarik beca sehingga golongan terpelajar seperti mahasiswa mengenal SARKEM. Sarkem adalah akronim yang digunakan oleh masyarakat kota yogyakarta yang berasal dari perkataan Pasar Kembang yang terletak di Jalan Pasar Kembang, Malioboro, Kota Yogyakarta. Sarkem merupakan kawasan terbesar di Jogja yang memaparkan dunia gelap kota yogyakarta dan liku-liku kehidupan lebih dari 100 wanita pemuas nafsu para lelaki hidung belang.



Tempat parking stesen Tugu selalunya 24 jam dipenuhi pengunjung. Kebanyakan orang awam pasti akan menyangka kalau orang ramai yang parking kenderaan di sana semuanya bertujuan untuk pergi ke stesen. Padahal, tidak semua orang yang parking kenderaan tersebut bertujuan untuk ke stesen kereta api yang terletak disitu.

Setelah matahari mula gelap sehingga ke dini hari, banyak orang yang mulai memenuhi tempar parking kenderaan di stesen Tugu. Tujuannya adalah untuk melawat sarkem. Dari cerita yang didengar, orang-orang yang parking di situ pada malam hari lebih banyak yang bertujuan untuk ke Sarkem daripada ke stesen kereta api. Dari tempat letak kenderaan itu, mereka hanya perlu menyeberangi jalan di depannya, kemudian membayar duit sumbangan seikhlasnya di pintu masuk sarkem, dan terus boleh memilih wanita mana yang ingin diajak tidur.

Setelah memasuki penempatan, pelawat terus dihidangkan dengan wanita-wanita seksi berskirt mini. Keadaan di Sarkem memerlukan pengunjungnya memilih para PSK(Pekerja Seks Komersial@Pelacur) dengan berjalan kaki menyusuri lorong-lorong kecil dan tidak boleh menggunakan sebarang kenderaan bermotor. Keadaan tempat tinggal di sini tidak ubah seperti kawasan penempatan yang padat penduduk. Selain itu, terdapat warung-warung kecil di pinggir lorong yang menyediakan makanan sehingga ke minuman keras yang banyak terdapat di sudut-sudut lorong dan dilayan oleh pelayannya yang tidak lain tidak bukan adalah PSK. Warung-warung seperti itu memang salah satu tempat berurusan bagi lelaki hidung belang dengan PSK.

Di tempat ini juga, para pengunjung akan dapat menjumpai rumah ketua RT, sekolah, bahkan juga terdapat Masjid. Agak pelikkan semua kemudahan itu terdapat di kawasan yang sebegitu, munkin kita akan terpikir untuk apa semua itu?. Tidak semua penghuni Sarkem adalah orang-orang yang bekerja di bisnes gelap itu. Penghuni-penghuni lain ialah orang biasa yang memerlukan prasarana umum seperti Masjid dan lain-lain. Mereka sudah sejak turun temurun tinggal dikawasan tersebut. Uniknya, tidak ada sebarang masalah dengan perbezaan kehidupan yang sangat berbeza disitu, antara penyebabnya adalah penduduk disitu juga boleh mendapat keuntungan dengan membuka kedai untuk menjual rokok dan bermacam lagi di tempat yang sering dipenuhi pengunjung setiap malamnya. Biasanya untuk mengelakkan supaya pengunjujng Sarkem tidak salah masuk ke rumah penduduk biasa, mereka akan meletakkan tanda 'Rumah tangga' di depan pintu sebagai petunjuk yang rumah tersebut bukan tempat berkumpulnya para PSK.

Tempat ini selalunya akan buka setiap hari dari petang hingga ke pagi buta. Sarkem hanya akan tutup pada bulan puasa, tetapi menurut cerita, tempat ini hanya akan tutup selama tiga hari pertama pada bulan puasa sahaja sebagai bentuk penghormatan bulan suci itu. Setelah itu, ia akan beroperasi lagi seperti biasa. Mereka          yang bekerja di situ akan membayar duit perlindungan kepada pihak penjaga keselamatan di sana, lagipun tempat ini sangat jarang terkena serbuan. Menurut beberapa cerita, ada yang mengatakan jika segala operasi dan kegiatan di situ adalah sah. Disebabkan itu, Sarkem selalu tetap hidup walaupun di bulan puasa.

Sarkem adalah salah satu lorong gelap yang masih hidup di Indonesia. Undang-undang di Indonesia telah mengharamkan pelacuran, akan tetapi kegiatannya masih berjalan disesetengah tempat terpencil kerana ianya dianggap sebagai sudah menjadi kehidupan masyarakat setempat itu, dan keberadaannya dilindungi oleh masyarakat setempat. Antara tempat lain yang agak popular di Indonesia dengan kehidupan malamnya adalah lorong Dolly di Surabaya. Keadaannya agak seperti Sarkem tetapi jauh lebih besar. Pernah pemerintah mahu menutup tempat itu, tetapi ianya ditentang oleh penduduk setempat kerana ianya dianggap sebagai kehidupan mereka dan mata pencarian utama mereka di situ.

Semoga akan muncul satu sinar baru bagi masyarakat di situ untuk kearah perubahan kehidupan mereka. Perubahan tidak dapat dilakukan jika masyarakat itu sendiri tidak ingin berubah. Dan semoga kesedaran datang sebelum ianya sudah terlambat.