Friday, January 11, 2013

Nasib Badan

Dah jadi nasib badan..,anak orang susah dari kampung yang hidup di perantauan. Hidup sehari bergantung dari duit rakyat ihsan dari negara. Hujung bulan nih hanya mampu pasrah dengan sisa-sisa rezekibyang tinggal. Hidup di negara orang tak seperti tempat sendiri, semua berbeza. Dengan biaya hidup yang tinggi dek kerana inflasi harga dari sebuah revolusi.

Hari ni lapar waktu snack time hanya terdaya menjamah instant cup mee. Badan yang tidak tahan dengan preservative menyebabkan sakit kepala. Tangan yang ada riwayat atopy menunjukkan tanda-tanda kegatalan akibat dermatitis yang mungkin disebabkan oleh food allergy. Mungkin ada yang berkata dah tahu allergy pon makan lagi. Tapi dengan keadaan disini yang mana harga sebungkus roti yang macam selipar rasa dia lebih mahal dari sepinggan nasi apa lagi pilihan yang ada. Tiap kali lapar tidak mungkin untuk makan nasi dengan budget yang ada.

Tapi masih mampu berterima kasih kepada rakyat malaysia yang membawa aku ke sini. Semoga tiap dugaan menjadikan kita lebih kuat untuk menguasai masa depan. Every legend are born as a normal kids that grown up to be great

No comments: