manusia antara makhluk ciptaan tuhan yang paling unik. antara yang paling unik dalam hidup seorang manusia ialah rasa sayang yang wujud terhadap perkara tertentu. ini termasuklah sayang akan harta, sayang akan seseorang, sayang pada bende..
ape yang menyebabkan manusia ni unik dan pelik ialah, manusia akan melakukan perkara yang pelik apabila sayangkan sesuatu. sebagai contoh, bila dah sayangkan moto tuh, akan dijaga denga rapi lah moto tuh. basuh mesti nak berkilat-kilat. polish mestilah wajib bia nampak bersinar sket, sampai ke tayar kita akan polish. yer..tayar jugak dipolish..polish sampai berkilat..
tayar kita tau tempat dia atas tanah dan akan kotor jugak walau macam2 mane pon..dan even lepas polish then moto gerak tros kotor tayar tuh..tapi itulah manusia.. kalau dah sayang takde yang dah tak logik lagi dah..
aku jugak termasuk dalam golongan yang sangat sayangkan moto. kalau dulu2 pantang kalo ade calar2 sket pada moto, mesti hangin punya la.. balik2 orang lain yang buat calar orang lain yang jadi mangsa aku duk marah2(orang terdekat lah jadik mangsa..kesian..) haih..
teringat kultum seorang ustaz pada terawih ramadhan yang lepas.."kita kalau sayangkan bende ni, biar berpada-pada..apa2 pon bende tetap bende..suatu hari akan binasa jugak..jangan sampai nk pegi masjid pon tumpang kete orang sebab sayang nk pakai yg sendiri punya"
gedebuk time tuh kene atas kepala aku.. teringat la yg aku sangat2 lah sayang nak bawak moto nak pegi tempat crowded takuk moto calar. sebabnya makhluk-makhluk kat jogja ni sangat lah makhluk yang tak reti parking moto..parking nak rapat gila, dah la senget dan dengan selamba badak mak bapak dia langgar moto orang lain kalu nak keluar. sampai kadang pergi jumaat pon aku cari parking jauh2 pada orang takut moto kene langgar.
haih..itulah..sayang sangat pada bende..sampai kadang2 terlupa..
No comments:
Post a Comment