SARKEM, nama tempat ini pastinya sering didengar oleh warga Yogyakarta. Dari penarik beca sehingga golongan terpelajar seperti mahasiswa mengenal SARKEM. Sarkem adalah akronim yang digunakan oleh masyarakat kota yogyakarta yang berasal dari perkataan Pasar Kembang yang terletak di Jalan Pasar Kembang, Malioboro, Kota Yogyakarta. Sarkem merupakan kawasan terbesar di Jogja yang memaparkan dunia gelap kota yogyakarta dan liku-liku kehidupan lebih dari 100 wanita pemuas nafsu para lelaki hidung belang.
Tempat parking stesen Tugu selalunya 24 jam dipenuhi pengunjung. Kebanyakan orang awam pasti akan menyangka kalau orang ramai yang parking kenderaan di sana semuanya bertujuan untuk pergi ke stesen. Padahal, tidak semua orang yang parking kenderaan tersebut bertujuan untuk ke stesen kereta api yang terletak disitu.
Setelah memasuki penempatan, pelawat terus dihidangkan dengan wanita-wanita seksi berskirt mini. Keadaan di Sarkem memerlukan pengunjungnya memilih para PSK(Pekerja Seks Komersial@Pelacur) dengan berjalan kaki menyusuri lorong-lorong kecil dan tidak boleh menggunakan sebarang kenderaan bermotor. Keadaan tempat tinggal di sini tidak ubah seperti kawasan penempatan yang padat penduduk. Selain itu, terdapat warung-warung kecil di pinggir lorong yang menyediakan makanan sehingga ke minuman keras yang banyak terdapat di sudut-sudut lorong dan dilayan oleh pelayannya yang tidak lain tidak bukan adalah PSK. Warung-warung seperti itu memang salah satu tempat berurusan bagi lelaki hidung belang dengan PSK.
Setelah matahari mula gelap sehingga ke dini hari, banyak orang yang mulai memenuhi tempar parking kenderaan di stesen Tugu. Tujuannya adalah untuk melawat sarkem. Dari cerita yang didengar, orang-orang yang parking di situ pada malam hari lebih banyak yang bertujuan untuk ke Sarkem daripada ke stesen kereta api. Dari tempat letak kenderaan itu, mereka hanya perlu menyeberangi jalan di depannya, kemudian membayar duit sumbangan seikhlasnya di pintu masuk sarkem, dan terus boleh memilih wanita mana yang ingin diajak tidur.
Tempat ini selalunya akan buka setiap hari dari petang hingga ke pagi buta. Sarkem hanya akan tutup pada bulan puasa, tetapi menurut cerita, tempat ini hanya akan tutup selama tiga hari pertama pada bulan puasa sahaja sebagai bentuk penghormatan bulan suci itu. Setelah itu, ia akan beroperasi lagi seperti biasa. Mereka yang bekerja di situ akan membayar duit perlindungan kepada pihak penjaga keselamatan di sana, lagipun tempat ini sangat jarang terkena serbuan. Menurut beberapa cerita, ada yang mengatakan jika segala operasi dan kegiatan di situ adalah sah. Disebabkan itu, Sarkem selalu tetap hidup walaupun di bulan puasa.
Sarkem adalah salah satu lorong gelap yang masih hidup di Indonesia. Undang-undang di Indonesia telah mengharamkan pelacuran, akan tetapi kegiatannya masih berjalan disesetengah tempat terpencil kerana ianya dianggap sebagai sudah menjadi kehidupan masyarakat setempat itu, dan keberadaannya dilindungi oleh masyarakat setempat. Antara tempat lain yang agak popular di Indonesia dengan kehidupan malamnya adalah lorong Dolly di Surabaya. Keadaannya agak seperti Sarkem tetapi jauh lebih besar. Pernah pemerintah mahu menutup tempat itu, tetapi ianya ditentang oleh penduduk setempat kerana ianya dianggap sebagai kehidupan mereka dan mata pencarian utama mereka di situ.
No comments:
Post a Comment