Duit..sekeping kertas yang tidak lah begitu bernilai..dan tidak jugak mempunyai darjat seperti manusia. Tetapi duit mempunyai kuasa yang begitu unik untuk menurunkan darjat manusia dari manusia sebaik-baik ciptaan allah kepada suatu makhluk yang hina. Manusia menjadi sanagt hina apabila duit yang sepatutnya di dalam wallet setiap insan yang menjadi kawalan kita, tebalik menjadikan kita sebagai kawalan. Celaka lah manusia itu apabila dia dikawal dan dikuasai oleh duit.
Alkisah, tersebutlah sebuah kisah yang dikisahkan oleh seorang guru gua yang mengisahkan tentang kisah penghantaran patient ke Accident & Emergency dept di area jogja ni. Kisahnya berbunyi, dulu ada berlaku kemalangan jalan raya dan patient dibawa oleh polis ke A&E sebuah spital government untuk rawatan. Selepas dihantar patient itu, alkisah le polis tuh mintak la duit ke spital kerana telah menghantar patient ke situ. Dan Doc situ pon cakap, dah tugas polis hantar orang kesitu, kenapa nak mintak duit pulak kan. Dah mereka itu tidaklah dikasi upah oleh pihak spital.
Bermula dengan kisah itu, bila berlaku kemalangan biasanya mangsa tidak lagi dihantar ke spital government itu, sebaliknya patient akan dihantar ke spital private. Mungkin yang menghantar tuh akan dapat upahnya. Celaka sungguh. Padahal spital government punya lah lengkap yang menjadi rujukan semua bagian jawa tengah ni dan kos perubatan jugak tidaklah semahal spital private. Kesian kepada mangsa yang dihantar kerana terpaksa bayar lebih mahal, padahal ada yang lebih murah dan lebih bagus health service nya.
Begitulah kisah tentang kecelakaan manusia apabila menjadi hamba duit. Menjadi hina dan menjadikan orang lain sebagai mangsa. Duit tak kemana, nak buat kain kapan pon tak bole duit tuh.
No comments:
Post a Comment